Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ketagihan penggunaan internet di kalangan remaja sekolah tingkatan 4 di Bandaraya Johor Bahru

Hassan, Johari and Raja Abdul Rashid, Raja Shahrina (2012) Ketagihan penggunaan internet di kalangan remaja sekolah tingkatan 4 di Bandaraya Johor Bahru. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6 . pp. 23-43. ISSN 2231-7376

[img] PDF
331kB

Abstract

Penggunaan internet semakin meluas sehinggakan ada beberapa pihak yang mengalami ketagihan yang agak membimbangkan terutama remaja sekolah. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap dan punca ketagihan penggunaan Internet dikalangan remaja sekolah tingkatan 4 di bandaraya Johor Bahru. Kajian ini juga ingin mengenalpasti tujuan sebenar dan jenis penggunaan Internet yang kerap diakses oleh remaja sekolah. Kesan penggunaan Internet yang berlebihan turut juga dikenalpasti. Satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian digunakan sebagai instrumen kajian. Kaedah pensampelan rawak digunakan dengan melibatkan 265 orang pelajar dari 3 buah sekolah terpilih. Data kajian dipersembahkan dalam bentuk deskriptif seperti frekuensi, skor min dan peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS Versi 15.0). Di samping itu, beberapa ujian statistik seperti ujian-t, korelasi Pearson, dan tabulasi silang digunakan untuk mengenalpasti perbezaan dan hubungan beberapa angkubah. Secara keseluruhannya, tahap ketagihan penggunaan Internet bagi pelajar adalah rendah. Terdapat perbezaan signifikan tahap ketagihan penggunaan Internet antara lelaki dan perempuan, begitu juga dengan jenis sekolah mengikut jantina. Terdapat juga korelasi positif antara tahap sosioekonomi ibu bapa dengan tahap ketagihan penggunaan Internet di kalangan pelajar. Laman web yang kerap diakses oleh pelajar adalah laman web rangkaian sosial. Kata kunci: Ketagihan, Penggunaan Internet, Remaja

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26348
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jul 2012 06:47
Last Modified:11 Sep 2017 01:50

Repository Staff Only: item control page