Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Komitmen industri dalam membantu penyusunan program pembangunan dan kompetensi bagi memenuhi tuntutan negara

Kornain, Zainudin and Jantan, Roslina (2006) Komitmen industri dalam membantu penyusunan program pembangunan dan kompetensi bagi memenuhi tuntutan negara. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
41kB

Abstract

Pembangunan kompetensi dan kemahiran ialah satu bidang yang penting yang tidak boleh diambil mudah, dan ia menjadi lebih penting lagi apabila kita berusaha untuk menyediakan tenaga kerja bagi menghadapi persekitaran yang lebih mencabar, iaitu persekitaran yang lebih kompetitif dan lebih kompleks, dengan tuntutan dan keperluan kepenggunaan yang sentiasa berkembang dan berubah-ubah. Kewujudan sumber manusia yang mendapat latihan yang mencukupi dan kompeten merupakan faktor utama yang kritikal bagi menyokong prestasi industri yang tanggungjawabnya adalah untuk memenuhi tuntutan dan keperluan kepenggunaan tadi.Langkah untuk membangunkan kemahiran yang diperlukan di peringkat pendidikan tinggi bagi memastikan universiti dan kolej mempunyai kurikulum yang dapat melengkapkan siswazah dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini, yang mampu memenuhi keperluan industri perlu dibuat secara lebih serius. Dalam hal ini, Wujudnya keperluan kepada industri untuk turut sama membantu ke arah melahirkan kualiti kompetensi dan kemahiran yang relevan dengan kehendak industri dan seterusnya dapat memenuhi tuntutan kepenggunaan. Perbandingan struktur pendidikan tinggi dan hubungan dengan industri diantara Malaysia dan beberapa negara luar dijadikan asas perbincangan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Industri; kemahiran; pendidikan; kompetensi
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
ID Code:261
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:59
Last Modified:23 Aug 2017 06:18

Repository Staff Only: item control page