Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Guna pakai sistem maklumat geografi (GIS) bagi pengurusan ladang di FELCRA

Othman, Abdullah (1995) Guna pakai sistem maklumat geografi (GIS) bagi pengurusan ladang di FELCRA. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation Science And Engineering.

[img]
Preview
PDF
365kB

Abstract

Perkembangan teknologi komputer dan perisian masa kini telah memainkan peranan utama bagi menghasilkan suatu sistem pengendalian maklumat yang terkini, lengkap dan pantas. Ia turut membantu proses membuat keputusan, perancangan dan pengawasan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti pengurusan ladang. Sistem maklumat Geografi (GIS) merupakan teknologi canggih yang mampu menghasilkan pengurusan lebih sistematik dan berkesan. Teknik ini digunakan disatu projek FELCRA yang baru memperkenalkan sistem tanaman pepagar getah dan buah-buahan. Sistem tanaman ini telah menimbulkan beberapa kesukaran disebabkan setiap aktiviti perladangan bergantung kepada usia dan jenis tanaman yang ditanam. Dua aktiviti perladangan iaitu pembajaan dan pemeliharaan tanaman ditumpukan dalam kajian ini. Menerusi perlaksanaan dan pembentukan pangkalan data, maklumat lengkap dalam bentuk grafik dan atribut bagi perancangan, pengagihan dan tindakan terhadap kedua-dua aktiviti yang dinyatakan dapat dihasilkan. Bagi kemudahan pengguna, menu disediakan menggunakan bahasa makro mudah. Hasil kajian menunjukkan teknik ini merupakan kaedah berkesan menjadikan aktiviti pengurusan ladang yang lebih optimum.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Tesis (Sarjana Sains Ukur) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995; Subject : Geographic information systems
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:26
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 Jan 2007 07:03
Last Modified:10 Jan 2018 04:26

Repository Staff Only: item control page