Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaedah E-suara dalam peperiksaan murid-murid pendidikan khas

Mohd. Yasin, Mohd. Hanafi and Tahar, Mohd. Mokhtar and Tahir, Lokman and Kasbin, Md. Amin and Ramli, Fauzi and Zahari, Zawawi and Abu Hassan, Kamarudin (2010) Kaedah E-suara dalam peperiksaan murid-murid pendidikan khas. Jurnal Teknologi Sains Sosial, 52 . 83-94 . ISSN 2180-3722

[img] PDF (Full Text)
128kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v52.139

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah e-suara dalam membantu murid-murid pendidikan khas kategori bermasalah pembelajaran dalam menjawab soalan peperiksaan tanpa melakukan modifikasi dari segi isi kandungan atau kualiti soalan peperiksaan berkenaan. Pentaksiran alternatif yang dilakukan dalam kajian ini menggunakan pendekatan penyampaian soalan berbantukan komputer, iaitu suatu transformasi daripada pentaksiran pendekatan konvensional berbentuk paper-and-pencil. Dalam kajian ini, sebanyak 163 orang murid tingkatan 3 pendidikan khas bermasalah pembelajaran dari seluruh negara diambil sebagai sampel kajian. Sampel ini dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu (1) kumpulan murid yang menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan kaedah konvensional; (2) kumpulan murid yang menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan kaedah e-suara I, iaitu melihat dan mendengar item soalan melalui komputer tetapi menjawab dengan cara biasa/konvensional; (3) kumpulan murid yang menjawab soalan peperiksaan menggunakan kaedah e-suara II, iaitu membaca dan mendengar item soalan melalui komputer dan menjawabnya dengan bantuan komputer. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian subjek kajian (SK) pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang menggunakan kaedah e-suara II lebih baik dengan skor min sebanyak 8.35 berbanding dengan dua kaedah penilaian lain. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa kaedah e-suara dapat membantu murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran menjawab soalan peperiksaan dengan lebih yakin berbanding dengan kaedah lain.

Item Type:Article
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25934
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:18 Jun 2012 02:47
Last Modified:13 Oct 2017 12:27

Repository Staff Only: item control page