Said, Mohamad Nor and Khan Walli, Bibi Zurai (2006) Unjuran keperluan tenaga elektrik menggunakan GIS. In: Inovasi Dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) 1. FKSG, UTM, Johor , 23 - 47. ISBN 978-983-52-0583-5
Full text not available from this repository.
Abstract
Zon Strategik Wangsa-Maju-Maluri adalah salah satu kawasan tumpuan masyarakat yang pesat membangun disebabkan lokasinya yang berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur. Keadaan ini mendorong peningkatan penggunaan elektrik secara mendadak samada untuk penggunaan domestik mahupun untuk perindustrian dan C. Ia memberi cabaran hebat ke atas bekalan tenaga ini kerana dikuatiri sumber sediada dan juga yang telah dirancang masih tidak mencukupi untuk penggunaan jangkapanjang sehingga ke tahun 2020. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi menentukan keupayaan dan keperluan ini dengan mengenalpasti kriteria-kriteria yang digunakan untuk membuat unjuran berkenaan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) diaplikasikan untuk membolehkan capaian dan analisis data dilakukan secara sistematik dan berkesan. Analisis yang dilakukan dapat menunjukkan secara jelas teknik unjuran yang digunakan dan membantu pihak berkaitan melaksanakan perancangan dan pengurusan tenaga elektrik ke atas kawasan kajian.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Subjects: | Unspecified |
| Divisions: | Geoinformation Science And Engineering (Formerly known) |
| ID Code: | 25747 |
| Deposited By: | Liza Porijo |
| Deposited On: | 05 Jun 2012 04:21 |
| Last Modified: | 05 Jun 2012 04:46 |
Repository Staff Only: item control page

