Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan taksonomi simpson dalam menilai keberkesanan sistem pembelajaran web

Tasir, Zaidatun and Yasak, Zurina (2006) Penggunaan taksonomi simpson dalam menilai keberkesanan sistem pembelajaran web. In: Isu-Isu Dalam E-Pembelajaran. Penerbit UTM, Johor , pp. 33-45. ISBN 978-983-52-0521-7

[img]
Preview
PDF
73Kb

Abstract

Pembelajaran secara atas talian semakin mendapat perhatian para pendidik termasuklah pendidik di Malaysia. Kenyataan ini dibuat berdasarkan bilangan kertas kerja mengenai penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran yang semakin bertambah. Ini menunjukkan bahawa terdapat kesedaran terhadap penggunaan pembelajaran atas talian di kalangan pendidik. Kebanyakan pembangunan bahan pengajaran atas talian hanya menerapkan kemahiran kognitif pelajar yang diuji menerusi peperiksaan penulisan. Manakala pengujian kemahiran psikomotor pelajar sering diabaikan. Namun begitu, pelajar kejuruteraan atau separuh kejuruteraan mestilah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu terutamanya kemahiran menggunakan alatan. Ini kerana bidang yang akan mereka terokai di alam pekerjaan banyak melibatkan kemahiran mereka menggunakan sesuatu alatan. Pembelajaran bagi mata pelajaran teknikal bukanlah merupakan suatu proses yang mudah dilaksanakan di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Ianya sering melibatkan domain pengetahuan yang berkaitan dengan kemahiran fizikal iaitu domain psikomotor. Di antara masalah yang sering dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) teknikal ialah penyediaan alatan yang tidak mencukupi berpunca dari kos peralatan yang mahal (Ferris dan Aziz, 2005). Di samping itu, penguasaan sesuatu kemahiran mengendalikan peralatan kejuruteraan juga sering melibatkan masa pembelajaran pelajar yang agak lama di makmal (Schulz dan Dahale, 1999).

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25723
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:12
Last Modified:25 May 2012 07:17

Repository Staff Only: item control page