Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan strategi metakognitif dalam mereka bentuk laman web interaktif

Tasir, Zaidatun and Harun, Jamalludin and Mohd. Isa, Nur Sakinah and Abdul Manap, Norwarni (2006) Penggunaan strategi metakognitif dalam mereka bentuk laman web interaktif. In: Isu-Isu Dalam E-Pembelajaran. Penerbit UTM, Johor , pp. 45-56. ISBN 978-983-52-0521-7

[img]
Preview
PDF (Abstract)
131Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Fizik yang berasal dari bahasa Yunani yang membawa maksud ‘alam’ menekankan pengajian fenomena semula jadi yang berlaku di alam ini (Poh, Nagappan, dan Lim, 1996). Pendedahan mata pelajaran ini kepada pelajar dengan sempurna membolehkan pelajar memahami, mengurus dan menghargai alam dan sumbernya. Mata pelajaran Fizik ditawarkan dalam rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk tingkatan empat dan lima. Matlamat kurikulum Fizik adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fizik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian (KPM, 2001). Elemen pengetahuan merangkumi pemahaman Fizik sebagai satu bidang yang melibatkan kajian empirik fenomena alam (Nurzatulshima, 2003). Selain itu, mata pelajaran ini memerlukan elemen pengaplikasian dan sintesis dalam menyelesaikan masalah. Bagi menguasai mata pelajaran ini, sedikit sebanyak pelajar perlu mahir dalam pengiraan iaitu mata pelajaran Matematik dengan baik. Tambahan lagi menurut Hanafi dan Shaharom (2003), kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik sering dikaitkan dengan kegagalan pelajar-pelajar memberi gambaran awal yang sebenar tentang idea Fizik kerana ia akan mempengaruhi kefahaman konsep asas Fizik pelajar-pelajar. Justeru itu, satu tindakan dan strategi yang baik dan terkini perlu diperkenalkan bagi mengelakkan masalah ini menjadi kritikal.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25722
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:12
Last Modified:04 Jun 2014 04:57

Repository Staff Only: item control page