Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan e-pembelajaran di UTM

Atan, Noor Azean and Hiew, Yee Fun and Aris , Baharuddin and Md. Noor, Norah (2006) Penggunaan e-pembelajaran di UTM. In: Isu-Isu Dalam E-Pembelajaran. Penerbit UTM, Johor , pp. 1-16. ISBN 978-983-52-0521-7

[img]
Preview
PDF
71Kb

Abstract

Sekiranya kita meninjau kaedah pembelajaran yang ada di seluruh dunia pada hari ini, kita mendapati bahawa konsep pembelajaran mengalami perubahan. Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat berkomputer telah membawa kepada e-learning atau e-pembelajaran. Menurut Mosher (2005), e-learning telah mengubah lanskap pembelajaran dari pengajaran di bilik darjah sahaja kepada pembelajaran terbuka seperti di depan desktop. Berbeza dengan pembelajaran atas talian (online learning), e-learning merupakan pembelajaran yang berasaskan teknologi (technology-based learning). Merujuk kepada Washington State Department of Personnel, Training and Development Service (2001), e-learning ialah penghantaran kandungan menerusi semua media elektronik, termasuk Internet, intranets, penyiaran satelit, pita audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM (Compact Disc-Read Only Memory). Oleh itu, pelajar boleh mengalami proses pembelajaran menggunakan CD-ROM atau melayari Internet tanpa kekangan masa, tempat dan ruang.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25721
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:11
Last Modified:25 May 2012 07:23

Repository Staff Only: item control page