Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh air reverse osmosis (RO) kepada pengekalan tahap kandungan air dalam badan atlit

Ibrahim, Halijah and Lam, Sui Heng (2006) Pengaruh air reverse osmosis (RO) kepada pengekalan tahap kandungan air dalam badan atlit. In: Eksplorasi Aspek Sains Dalam Sukan. Penerbit UTM, Johor , pp. 1-9. ISBN 978-983-52-0511-8

[img]
Preview
PDF
69Kb

Abstract

Air ialah bahan perantara bagi mengangkut nutrien, gas, bahan kumuhan serta tindakbalas biokimia sel dan tisu di dalam badan manusia. Air juga penting untuk mengekalkan isipadu darah yang secukupnya di dalam sistem kardiovaskular. Penyejatan air dari kulit dan proses pernafasan pula penting untuk pengawal-aturan suhu badan manusia. Selain dari itu, air juga bertindak sebagai pelincir dalam proses pencernaan dan penyerapan. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral dari badan adalah lebih banyak. Seseorang ahli sukan akan kehilangan kandungan air yang lebih banyak ketika beraktiviti jika dibandingkan dengan seseorang pelajar yang membuat ulangkaji di rumah. Kehilangan air dalam badan perlu diganti dengan segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air). Keadaan kekurangan air yang berterusan boleh mengundang bahaya. Pengambilan air yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan air dalam badan adalah amat penting bagi mengelakkan berlaku dehidrasi. Atlit pula perlu mengekalkan kandungan air dalam badan yang sesuai bagi meningkatkan prestasi dan pencapaian mereka dalam bidang sukan yang mereka ceburi (Lamb dan Murray, 1997).

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25720
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:11
Last Modified:25 May 2012 07:25

Repository Staff Only: item control page