Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran aktif dalam menerapkan kemahiran generik

Atan, Noor Azean and Md. Noor, Norah and Ali, Mohd. Fadzli (2006) Pembelajaran aktif dalam menerapkan kemahiran generik. In: Isu-Isu Dalam E-Pembelajaran. Penerbit UTM, Johor , pp. 95-110. ISBN 978-983-52-0521-7

[img] PDF (Abstract)
11Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Graduan daripada semua Institusi Pengajian Tinggi tidak hanya perlu menyiapkan diri dengan kemahiran teknikal tetapi juga perlu mempunyai kelebihan dari segi kemahiran generik untuk memastikan mereka sentiasa berani menonjolkan kelebihan diri, menambah pengetahuan baru selaras dengan keperluan dan berupaya berkomunikasi dengan baik dikalangan pelbagai kategori masyarakat. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan kemahiran tersebut dengan baiknya di alam pekerjaan. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah cuba menerapkan beberapa attribut kemahiran generik yang bersesuaian dengan graduannya bagi memastikan mereka berupaya untuk menyesuaikan diri dan cemerlang dalam dunia kerjaya. Kemahiran generik tidak dapat dibina dalam sehari. Ia memerlukan penglibatan pelajar yang proaktif dalam kelas, kokurikulum dan pelbagai aktiviti yang tidak formal. Kemahiran ini diterapkan dalam pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran di kelas dan aktiviti kokurikulum. Salah satu teknik pengajaran yang sering diperkatakan dapat membantu pembinaan kemahiran Generik ialah Pembelajaran Aktif (active learning) di dalam kelas.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25719
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:11
Last Modified:04 Jun 2014 04:31

Repository Staff Only: item control page