Ali, Mohd. Fadzli and Sinit @ Yahya Yakin, Johnny Yakin and Mohd. Said, Mohd. Nihra Haruzuan (2006) Pembangunan dan pengujian perisian pembelajaran berbantukan komputer. In: Isu-Isu Dalam E-Pembelajaran. Penerbit UTM, Johor , pp. 81-94. ISBN 978-983-52-0521-7
|
PDF
70Kb |
Abstract
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional menawarkan dua kursus iaitu kursus jurusan pendidikan teknikal dan kursus aliran pendidikan vokasional. Kursus lepasan PMR selama 2 tahun di Sekolah Menengah Teknik akan menduduki Peperiksaan SPMV setelah tamat. Terdapat lima kursus yang ditawarkan iaitu Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pertanian dan Perdagangan. Dalam projek ini, keutamaan adalah Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada pemahaman konsep, prinsip asas dan teori kejuruteraan mekanikal, kemahiran berkaitan serta sikap positif melalui pelbagai aktiviti makmal, kelas, dan bengkel. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal merupakan satu mata pelajaran berorientasikan amali dan rancangan pembelajaran adalah berdasarkan kerja projek dan eksperimen. Mata pelajaran ini dikhaskan untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima sahaja. (Huraian Sukatan Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal KBSM, 2003). Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Menengah Rendah. (Huraian Sukatan Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal KBSM, 2003).
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Subjects: | L Education |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 25718 |
| Deposited By: | Liza Porijo |
| Deposited On: | 25 May 2012 04:11 |
| Last Modified: | 25 May 2012 07:35 |
Repository Staff Only: item control page

