Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Koswer pembelajaran solat jama' dan qasar: pembangunan dan penilaian keberkesanan

Junaidi, Juhazren and Ali, Mohd. Fadzli and Aris, Baharuddin (2006) Koswer pembelajaran solat jama' dan qasar: pembangunan dan penilaian keberkesanan. In: Isu-Isu Dalam E-Pembelajaran. Penerbit UTM, Johor , pp. 57-80. ISBN 978-983-52-0521-7

[img]
Preview
PDF (Abstract)
137Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Darsawarsa ini, sungguh pun mengetahui akan kewajiban solat, ramai umat Islam sudah semakin melupai ibadah solat sama ada ketika lapang, apatah lagi ketika dilanda kesibukan. Pernyataan ini disokong oleh sebuah kajian yang telah dijalankan oleh Humaira Daud (1997) mengenai amalan solat di kalangan remaja di sekitar daerah Temerloh, yang mendapati peratusan remaja yang meninggalkan solat ialah 68.9 peratus. Walau pun peratusan tersebut hanya mewakili salah sebuah daerah di Malaysia, namun gambaran yang diberikan amat membimbangkan semua pihak. Sebagai satu alternatif yang proaktif, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) telah memperkenalkan Penilaian Asas Fardhu Ain atau PAFA pada 1994 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya pelajar sekolah terhadap betapa pentingnya ibadat solat sedari peringkat sekolah menengah lagi. (ruj. KPM, 1994). Selain solat fardhu lima waktu, di sekolah pelajar juga didedahkan tentang solat Jumaat dan juga rukhsah solat. Mengikut kurikulum Pendidikan Islam KBSM, rukhshah solat telah diajar di sekolah-sekolah semasa tingkatan dua, mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah (KBSM), Kementerian Pelajaran Malaysia. (ruj. KPM, 2003). Kandungan pelajarannya meliputi aspek pelaksanaan, merangkumi definisi, dalil-dalil pengharusan, syarat-syarat solat Jama’ dan Qasar, masa dan keadaan yang membolehkan rukhsah solat dilakukan serta niat (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2003). Dalam pengajaran solat Jama’ dan Qasar, guru perlu melibatkan kedua-dua teori dan praktikal untuk memastikan kefahaman pelajar. Dengan itu, pelbagai alternatif dalam penyampaian pengajaran perlu diambil bagi melaksanakan perkara ini.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25717
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:11
Last Modified:04 Jun 2014 04:16

Repository Staff Only: item control page