Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan latihan hexsagon terhadap tahap ketangkasan

Zainuddin, Zainal Abidin and Faudzi, Ahmad Farizal and Mohd. Hashim, Asha Hasnimy (2006) Kesan latihan hexsagon terhadap tahap ketangkasan. In: Eksplorasi Aspek Sains Dalam Sukan. Penerbit UTM, Johor , pp. 67-78. ISBN 978-983-52-0511-8

[img] PDF (Abstract)
11Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Permainan badminton adalah merupakan permainan yang paling pantas gerakannya dan amat memenatkan (Syed Hashim Mohamed, 1989). Badminton ini dimainkan di dalam gelanggang di dewan yang berukuran panjang 13.40 meter dan lebarnya adalah 6.10 meter. Oleh itu, seseorang pemain perlu berlari sejauh sekurang-kurangnya 3 meter pada setiap masa untuk menerima hantaran bulu tangkis daripada pihak lawan dan perlulah mengawal keseluruhan gelanggang (Syed Hashim Mohamed 1989). Pemain perlu mengubah arah pergerakan tubuh badan ke pelbagai arah di setiap sesi permainan dan perlu menguasai tahap ketangkasan yang baik. Oleh itu, keupayaan mengubah badan kepelbagai arah banyak membantu pemain untuk bergerak dengan lebih mudah, cepat dan efisien. Kurz (2001) menegaskan bahawa tahap ketangkasan yang baik, dapat meningkatkan corak permainan badminton dan meningkatkan kemampuan seseorang pemain itu dari segi kawalan dan penguasaan gelanggang. Setiap pemain badminton perlu menukar langkah dengan cepat semasa bermain dan kembali kepada kedudukan asal sebelum pergerakan. Oleh kerana permainan badminton menggunakan gelanggang yang kecil berbanding gelanggang tenis, pemainnya dituntut agar dapat mengubah arah dalam langkah dan jangka masa yang pendek bagi mengawal keseluruhan gelanggang.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25713
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:10
Last Modified:03 Jun 2014 08:43

Repository Staff Only: item control page