Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan P & P berasaskan strategi hidbrid C-C

Sumarni, Rio and Sahat @ Ashari, Abd. Aziz (2006) Keberkesanan P & P berasaskan strategi hidbrid C-C. In: Isu-Isu Dalam E-Pembelajaran. Penerbit UTM, Johor , pp. 111-124. ISBN 978-983-52-0521-7

[img] PDF (Abstract)
11Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia pekerjaan. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan pelajar, pengajar dan bahan pengajaran. Selain daripada itu, pengajaran ini juga menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi antara pelajar dengan pelajar yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di kelas sebagai simulasi kepada tempat kerja. Pelajar juga disediakan dengan aplikasi amali untuk dipelajari (Hull D., 1995). Kaedah Pengajaran secara kontekstual menurut Hull D.(1997) mempunyai ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan. Ciri yang pertama ialah guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan prapengetahuan pelajar. Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25712
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:10
Last Modified:03 Jun 2014 08:36

Repository Staff Only: item control page