Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Prestasi pencapaian acara merejam lembing motor di kalangan individu kumpulan mesomorf dan endomorf

Zainuddin, Zainal Abidin and Ling, Jasmine Chiu Hung and Ibrahim, Halijah (2006) Prestasi pencapaian acara merejam lembing motor di kalangan individu kumpulan mesomorf dan endomorf. In: Eksplorasi Aspek Sains Dalam Sukan. Penerbit UTM, Johor , pp. 79-95. ISBN 978-983-52-0511-8

[img]
Preview
PDF
74Kb

Abstract

Sukan olahraga merangkumi dua klasifikasi acara iaitu acara padang dan acara balapan. Bagi memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam acara padang, seseorang atlit memerlukan kekuatan otot dan kekuatan mental yang tinggi. Kekuatan otot dipengaruhi oleh bentuk tubuh badan seseorang bagi menghasilkan kekuatan maksimum dan peningkatan prestasi. Thorland, Johnson, Fagot, Tharp dan Hammer (1981) mengatakan bahawa bentuk tubuh badan merupakan salah satu faktor yang penting dalam usaha mencapai prestasi yang tinggi. Bagi acara balingan dalam sukan olahraga, ramai atlit yang mempunyai saiz badan yang besar serta tinggi berupaya menunjukkan pencapaian prestasi yang lebih tinggi. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakan atlit olimpik yang mengambil acara balingan adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai bentuk tubuh badan yang besar dan tinggi. Begitu juga dengan pemegang rekod SUKMA VIII 2000 di Pulau Pinang dan SUKMA X 2004 di Negeri Sembilan, dalam acara merejam lembing, Kho Mei Kuan dan Ho Sin Hui dari Sarawak, kedua-duanya juga mempunyai bentuk saiz tubuh badan yang agar besar. Menurut Thorland, Johnson, Fagot, Tharp, Hammer (1981), terdapat perbezaan antara tubuh badan atlit acara balingan (melontar peluru, melempar cakera, dan merejam lembing) berbanding dengan atlit sukan yang lain di mana bentuk tubuh kumpulan atlit ini lebih tinggi, berat dan saiz serta mempunyai somatotaip yang unik.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25710
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:09
Last Modified:25 May 2012 08:19

Repository Staff Only: item control page