Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Permodelan hakmilik strata dengan menggunakan OOGIS

Hashim, Mohamad Ghazali and Chew, Chin Yee (2006) Permodelan hakmilik strata dengan menggunakan OOGIS. In: Inovasi Dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) 1. FKSG, UTM, Johor , 95 - 123. ISBN 978-983-52-0583-5

[img]
Preview
PDF
66Kb

Abstract

Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu tool yang berguna dalam aplikasi memodelkan dunia benar kepada dunia pengkomputeran. Kini, GIS banyak diperkenalkan dan diaplikasi di sektor - sektor kerajaan tempatan di Malaysia untuk menguruskan segala kerja pentadbiran dan pengurusan yang selama ini dilakukan secara manual. Permodelan geo-relational telah lama diaplikasikan dan banyak membantu pengguna GIS dalam menyelesaikan masalahmasalah seperti memodelkan data-data geografi. Akan tetapi, pendekatan ini didapati masih mempunyai kelemahan tertentu dalam mempersembahkan satu model data yang berkesan. Pendekatan ini dikatakan tidak cekap dalam memodelkan data- data yang lebih kompleks seperti memodelkan hakmilik strata bagi bangunan bertingkat. Justeru itu, satu pendekatan permodelan GIS yang baru iaitu permodelan berasaskan teknologi berorientasikan objek telah diperkenalkan untuk menggantikan pendekatan geo-relational dalam menghasilkan satu model data hakmilik strata yang lebih fleksibel dan berkesan. Kertas kerja ini menerangkan tentang rekabentuk dan pembangunan sistem GIS dengan menggunakan perisian Object Oriented GIS (OOGIS) iaitu Smallworld Systems, membincangkan perbandingan antara beberapa kaedah permodelan dan seterusnya membincangkan analisa dan cadangan kajian.

Item Type:Book Section
Subjects:Unspecified
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:25709
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:09
Last Modified:25 May 2012 08:24

Repository Staff Only: item control page