Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengintergrasian GIS dan mike 11 nam dalam permodelan hidrologi dan pengiraan isipadu air empangan hidroelektrik

Mohamad Nor Said, (2006) Pengintergrasian GIS dan mike 11 nam dalam permodelan hidrologi dan pengiraan isipadu air empangan hidroelektrik. In: Inovasi Dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) 1. FKSG, UTM, Johor , 1 - 22. ISBN 978-983-52-0583-5

Full text not available from this repository.

Abstract

Kebanyakan tenaga elektrik dibekalkan dengan menggunakan bahan api fosil yang dijangka hanya dapat menampung 56 hingga 60 tahun sahaja. Jadi, tenaga hidro adalah lebih sesuai untuk dibekalkan terutama bagi Malaysia yang mempunyai rupabumi bergunung yang sesuai serta air hujan yang banyak. Walaubagaimanapun, perancangan yang strategik sebelum sesuatu empangan hidroelektrik dibina perlu dibuat bagi memastikan empangan yang bakal dibina boleh menjana jumlah tenaga yang dikehendaki. Justeru itu, GIS telah diaplikasikan untuk menganalisis serta membuat ramalan terhadap keperluan ini. Permodelan hidrologi telah dilaksanakan dengan menggunakan perisian ArcView 3.1 dan extension yang berkaitan untuk menganalisis lingkungan kawasan empangan yang diliputi. Perisian MIKE 11 model NAM pula digunakan untuk mengsimulasikan kadar alir supaya jangkaan masa pengisian empangan boleh dilaksanakan. Beberapa aturcara bahasa Avenue telah ditulis supaya ramalan boleh dibuat terhadap masa pengisian empangan dan masa penjanaan tenaga hidro. Aturcara ini telah direkabentuk menjadi menu dan item yang boleh memudahkan sesuatu ramalan baru dibuat pada masa akan datang.

Item Type:Book Section
Subjects:Unspecified
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:25706
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:08
Last Modified:25 May 2012 04:08

Repository Staff Only: item control page