Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pemodelan jaringan bagi aplikasi GIS untuk bekalan air

Mohamad Nor Said, Mohamad Nor Said and Phang, Sound Ley (2006) Pemodelan jaringan bagi aplikasi GIS untuk bekalan air. In: Inovasi Dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) 1. FKSG, UTM, Johor , 49 - 74. ISBN 978-983-52-0583-5

[img] PDF (Abstract)
11Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FKSG/boo...

Abstract

Sejak dahulu lagi, permodelan data geografi dalam GIS menggunakan konsep geo-relational, tetapi terdapat batasan untuk membuat analisis yang melibatkan data lebih kompleks seperti jaringan paip bekalan air. Maka, konsep permodelan data baru, iaitu model geodatabase yang berkonsepkan objek dalam ArcGIS telah diperkenalkan bagi menghasilkan pangkalan data GIS jaringan bekalan paip air yang lebih menyerupai dunia benar di kawasan Taman Putri Kulai. Dalam geodatabase, jaringan geometri boleh dijana, iaitu butiran-butiran paip yang saling berkaitan akan dihubungkaitkan dalam satu jaringan tertentu, di mana semua butiran ini adalah saling berpengaruh. Pengeditan yang dilakukan pada satu-satu butiran dalam satu jaringan turut akan mengubahkan butiran lain yang berhubungan dengannya. Dalam jaringan geometri pula, peraturan sambungan (connectivity rules) ditentukan untuk menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap perhubungan antara dua butiran. Peraturan sambungan ini memainkan peranan penting semasa operasi pemasangan paip baru.

Item Type:Book Section
Subjects:Unspecified
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:25704
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 May 2012 04:07
Last Modified:03 Jun 2014 07:59

Repository Staff Only: item control page