Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aplikasi GIS dalam program penempatan semula setinggan

Ibrahim, Norkhair and Awang, Mohamad Arshad (2006) Aplikasi GIS dalam program penempatan semula setinggan. In: Inovasi Dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) 1. FKSG, UTM, Johor , 165 - 191. ISBN 978-983-52-0583-5

[img]
Preview
PDF
67Kb

Abstract

Kadar pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat di kawasan bandar telah memberi satu impak yang negatif kepada persekitaran bandar dan salah satu daripada masalah tersebut ialah kewujudan kawasan-kawasan setinggan. Setinggan-setinggan ini muncul di kawasan yang tidak sesuai untuk kediaman serta kawasan yang dirizabkan untuk pembangunan. Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan. Antaranya ialah dengan melaksanakan program penempatan semula setinggan. Program penempatan semula setinggan ini bertujuan untuk memberikan kediaman yang lebih selesa kepada penduduk setinggan tersebut. Tetapi adalah sukar bagi kerajaan menentukan kawasan setinggan yang benarbenar memerlukan program ini kerana ia merangkumi banyak kriteria pemilihan seterusnya kesukaran di dalam menentukan tapak kawasan yang sesuai untuk penempatan semula. Salah satu langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah ini adalah penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Dengan menggunakan GIS yang digabungkan dengan teknik pemberian nilai kadaran bagi setiap kriteria, kawasan setinggan yang perlu kepada program penempatan semula serta kawasan yang berpotensi untuk penempatan semula setinggan boleh dikenalpasti berdasarkan kepada nilai kadaran yang paling tinggi.

Item Type:Book Section
Subjects:Unspecified
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:25659
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:23 May 2012 07:39
Last Modified:24 May 2012 00:36

Repository Staff Only: item control page