Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aplikasi ‘web-based GIS’ dalam sistem maklumat perkhidmatan pengangkutan awam (bas)

Said, Mohamad Nor and Eric Wong, Rodney (2006) Aplikasi ‘web-based GIS’ dalam sistem maklumat perkhidmatan pengangkutan awam (bas). In: Inovasi Dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) 1. FKSG, UTM, Johor , 237 - 263. ISBN 978-983-52-0583-5

[img]
Preview
PDF
70Kb

Abstract

Teknologi Web-based GIS membolehkan masyarakat awam menggunakan fungsi GIS tanpa perlu membeli perisian GIS tertentu. Elemen kebolehcapaian dan kekinian dalam internet merupakan elemen yang penting dalam menyampaikan maklumat yang berkesan. Kajian ini menumpukan kepada pembangunan aplikasi Web-based GIS bagi memberikan maklumat perkhidmatan laluan bas awam bagi pengguna untuk merancang perjalanan mereka. Pangkalan data GIS bagi laluan perkhidmatan bas dibangunkan dengan menggunakan model data dynamic segmentation dalam perisian ArcInfo 8.0.2. Laluan bas dimodelkan dengan menggunakan route system manakala perhentian bas dan tambang bas dimodelkan dengan menggunakan event. Laman Web-based GIS ini menyediakan lima fungsi pencarian kepada maklumat perkhidmatan laluan bas dan melibatkan dua jenis peta iaitu peta laluan bas dan peta landmark. Fungsi pencarian ini dapat membantu pengguna dalam merancang perjalanan ke destinasi yang ditujui dengan adanya maklumat lokasi yang terdapat dalam GIS. Aplikasi web ini telah dibangunkan dengan menggunakan ESRI MapObject, MapObjects Internet Map Server dan MapObject Internet Starter Applications.

Item Type:Book Section
Subjects:Unspecified
Divisions:Geoinformation Science And Engineering (Formerly known)
ID Code:25656
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:23 May 2012 07:39
Last Modified:24 May 2012 00:41

Repository Staff Only: item control page