Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar terhadap peluang kerjaya dalam bidang pelancongan

Yusof, Noor Suhaila and Ramli, Kamal Izzuwan (2006) Persepsi pelajar terhadap peluang kerjaya dalam bidang pelancongan. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
90kB

Abstract

Industri pelancongan Malaysia telah memperlihatkan potensinya dalam menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara dari segi pendapatan dan guna tenaga. Pembangunan pesat sektor ini telah meningkatkan peluang pekerjaan kepada lepasan diploma dan ijazah terutamanya kepada graduan-graduan yang mengikuti pendidikan secara formal dalam bidang pelancongan, sama ada pendidikan profesional ataupun vokasional. Usaha bersungguh-sungguh kerajaan serta pihak swasta dalam membangunkan sektor pelancongan negara telah membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam pelbagai sub-sektor pelancongan terutamanya dalam perhotelan, pemasaran pelancongan, pengangkutan, perniagaan dan restoran serta sub-sektor yang berkait rapat dengan pelancongan. Peluang-peluang ini sudah pastinya memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi mencapai pertumbuhan pesat yang mampan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-9), 2005-2010.Kajian ini telah dilakukan ke atas 390 pelajar baru pelbagai jurusan, bangsa dan jantina semasa minggu suaikenal Semester Pertama Sesi 2003/2004. Tujuan kajian adalah untuk mengumpul data dan mengetahui persepsi mereka terhadap sektor pelancongan dan kesanggupan mereka menjadikan sektor ini sebagai kerjaya mereka kelak. Analisis yang dilakukan adalah berdasarkan data-data yang telah dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Industri pelancongan, persepsi, minat, peluang kerjaya, tourism, hospitality
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
L Education > L Education (General)
Divisions:Management
ID Code:256
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 07:00
Last Modified:12 Jun 2017 03:18

Repository Staff Only: item control page