Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pola kecederaan atlet memanah

Mohd. Hashim, Asha Hasnimy and Talib, Kamal and Zainuddin, Zainal Abidin and Ibrahim, Halijah (2008) Pola kecederaan atlet memanah. In: Adaptasi Latihan Dan Kecederaan. Penerbit UTM , Johor, pp. 99-105. ISBN 978-983-52-0510-1

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Sukan memanah merupakan salah satu sukan statik atau berkemahiran tertutup yang memerlukan kekuatan dan daya tahan otot pada bahagian atas badan (upper body) terutamanya pada bahagian otot bahu Ertan, et al. (2003). Selain itu juga ianya merupakan sukan prestasi yang tinggi dalam keupayaan memanah ke sasaran dengan tepat Ertan, et al. (2005). Terdapat 3 fasa dalam acara memanah iaitu pendirian (stance), membidik (aiming) dan pandangan (sighting). Sukan ini merupakan salah satu acara wajib yang dipertandingkan sehingga ke peringkat Olimpik. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1900 dan ia merupakan sukan yang tertua di dunia. Kemahiran dan seni memanah masih kekal dipraktikan sehingga hari ini. Walaupun begitu, sukan ini telah mengalami beberapa perubahan dan peraturan pertandingan dari segi teknik, kemahiran dan peralatan memanah. Perkembangan dan perubahan dari segi teknik, kemahiran dan latihan yang dijalani serta pertandingan yang disertai boleh mendedahkan atlet kepada kecederaan. Ini disebabkan oleh jangkamasa keupayaan setiap individu untuk mengadaptasi perubahan tersebut adalah berbeza. Dan selalunya, jurulatih akan mengambil jalan mudah dengan melatih atlet mereka dengan cara yang sama tanpa mengira perbezaaan tersebut. Walaubagaimanapun kecederaan dalam sukan memanah sememangnya tidak dapat dielakkan sekiranya tidak mengikuti peraturan dan aspek keselamatan dalam mengendalikan ibu panah (busur) ketika melakukan aktiviti tersebut. Antara kecederaan yang biasanya dihadapi oleh atlet memanah ialah kecederaan blister, tergeliat, patah, lebam, benjol, bengkak dan sebagainya. Kebiasaannya kecederaan ini dipengaruhi berat busur, keseimbangan postur badan, bilangan anak panah yang dilepaskan dan jarak semasa aktiviti memanah dilakukan. Sehubungan itu, setiap jurulatih mestilah memastikan setiap atlet mereka benar-benar bersedia untuk menyertai sesuatu pertandingan dari segi kecergasan fizikal, teknik dan taktik dalam sukan memanah ini. Semua komponen ini hendaklah dilakukan secara sistematik dan berperingkat mengikut kebolehan dan keupayaan seseorang atlet

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:25481
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:17 May 2012 01:55
Last Modified:17 May 2012 01:55

Repository Staff Only: item control page