Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi belia terhadap sistem demokrasi dan tahap kesedaran mendaftar sebagai pemilih

Idrus, Durishah and Abd. Rahman, Hamidah and Mahmud, Norashikin and Mahmood, Husain and Mad Shah, Ishak (2008) Persepsi belia terhadap sistem demokrasi dan tahap kesedaran mendaftar sebagai pemilih. In: Isu-isu Sosial. Penerbit UTM , Johor, pp. 59-76. ISBN n/a

[img]
Preview
PDF
84kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FPPSM/bo...

Abstract

Masyarakat Malaysia masih memandang dingin terhadap hak mereka untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengundi di dalam pilihan raya. Senario ini agak membimbangkan jika dibiarkan dalam jangka masa panjang kerana akan menjejaskan semangat cintakan negara dan rasa tanggungjawab rakyat terhadap negara. Ini jelas terbukti dengan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang menunjukkan peningkatan bilangan warganegara yang masih belum mendaftar sebagai pemilih saban tahun. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini membincangkan tentang satu hasil kajian oleh beberapa orang penyelidik Universiti Teknologi Malaysia bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran belia terhadap pendaftaran sebagai pemilih iaitu mengenal pasti dan persepsi mereka terhadap sistem demokrasi negara ini. Responden kajian ini terdiri daripada 6300 golongan belia (22 tahun hingga 40 tahun) yang belum mendaftar sebagai pemilih yang dipilih secara persampelan kebetulan dan persampelan ‘snowballing’ di seluruh Malaysia. Soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Tahap kesedaran sebagai pemilih diukur menerusi tiga faktor iaitu faktor pengetahuan, faktor hak dan faktor tanggungjawab. Hasil kajian menunjukkan walaupun golongan berpotensi ini masih belum mendaftar sebagai pemilih, namun tahap kesedaran mereka terhadap ketiga-tiga faktor tersebut adalah tinggi. Begitu juga majoriti golongan belia ini menyatakan berpuas hati dengan amalan demokrasi dan perjalanan proses pilihan raya di Malaysia. Kajian ini juga ada mencadangkan cara-cara menggalakkan golongan belia yang belum mendaftar supaya segera mendaftar dan mengundi di dalam pilihan raya akan datang.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:25465
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:17 May 2012 08:07
Last Modified:17 May 2012 08:07

Repository Staff Only: item control page