Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perihalan perisian ujian kecergasan fizikal sebagai panduan pembentukan perisian "Uni-Aktif"

Ibrahim, Halijah and Ismail, Mohammad Hafiz and Ab. Rahman, Rusmaria (2008) Perihalan perisian ujian kecergasan fizikal sebagai panduan pembentukan perisian "Uni-Aktif". In: Kajian Berkaitan Kecergasan Fizikal dan Kemahiran Motor. Penerbit UTM , Johor, pp. 68-85. ISBN 978-983-52-0525-5

[img]
Preview
PDF
39Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Setiap penguji akan memperolehi banyak data berbentuk kuantitatif hasil pengujian kecergasan fizikal. Lambakan data menyukarkan pengkaji untuk mengawalselia hasil pengujian sekiranya tiada sistem yang dapat merekod, menyimpan, memproses dan menganalisis data tersebut. Oleh kerana itu satu sistem pengurusan pangkalan data diperlukan bagi tujuan di atas. Kini, terdapat pelbagai perisian berkaitan dengan pengukuran tahap kecergasan fizikal yang telah dibangunkan dan berada di pasaran. Setiap perisian yang dibangunkan mempunyai objektif dan fungsi yang berbagai. Asasnya, ada sebahagian perisian yang bertujuan untuk membantu pengguna mengawalselia tahap kecergasan berasaskan kesihatan dan sebahagian lagi untuk pengekalan prestasi keupayaan motor. Namun begitu, perisian yang dibangunkan masih belum dapat memenuhi keperluan masyarakat Malaysia. Ini disebabkan kesemua perisian kecergasan fizikal ini menggunakan rujukan norma masyarakat tempat perisian itu dibangunkan. Sekiranya seorang rakyat Malaysia menggunakan perisian ini, prestasi kecergasan fizikal individu tersebut akan dianalisis menggunakan norma yang tidak bersesuaian dengan keupayaan sebenar individu tersebut. Oleh kerana itu, pembangunan perisian yang berasaskan kepada keupayaan fizikal yang menggunakan norma rujukan masyarakat Malaysia amat diperlukan. Pembentukan perisian yang memenuhi keperluan masyarakat setempat memerlukan dua fasa penyelidikan iaitu, i. Penyelidikan data bagi membentuk norma rujukan prestasi kecergasan, dan ii. Pembangunan perisian berlandaskan kepada norma rujukan prestasi kecergasan yang telah dibentuk. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tiga perisian yang telah dibangunkan sebagai panduan kepada pembentukan perisian kecergasan fizikal yang baru. Kajian mengambil kira tujuan perisian dibangunkan, item ujian yang dipilih, serta keistemewaan setiap perisian. Hasil penganalisaan perisian ini boleh digunakan sebagai panduan untuk pembentukan perisian yang memenuhi keperluan komuniti setempat.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions:Education
ID Code:25462
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:18 May 2012 03:39
Last Modified:18 May 2012 03:39

Repository Staff Only: item control page