Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pennggumaan pendekatan M-Learning dalam sistem pembelajaran

Syed Yahya Kamal, Syed Ardi and Tasir, Zaidatun (2008) Pennggumaan pendekatan M-Learning dalam sistem pembelajaran. In: Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer. Penerbit UTM , Johor, pp. 97-110. ISBN 978-983-52-0514-9

[img]
Preview
PDF
42Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan teknologi yang semakin berkembang. Perkembangan pendidikan daripada kaedah konvensional hingga ke Pembelajaran Berasaskan Masalah atau “Problem Based Learning” masih diperkatakan hingga kini. Di Malaysia, Mobile Learning atau selepas ini dipanggil M-Learning boleh dikatakan masih baru dari segi implementasinya. Apakah M-Learning? M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran. Ianya menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku (Kukulska- Hulme & Traxler, 2005). Dalam kata mudah, proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata. Sebagai seseorang pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya di Malaysia, telefon mudah alih, komputer riba, “palm talk” mahupun “i-pod” merupakan “gadget” yang mampu dimiliki. Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk merubah bentuk kaedah pembelajaran: untuk mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2007).

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Education
ID Code:25450
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:25 May 2012 08:19
Last Modified:25 May 2012 08:19

Repository Staff Only: item control page