Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan penyenggaraan bangunan hospital melalui penyumberan luar

Che Bakar, Intan Nur Diyana and Abdullah, Shahabudin (2008) Pengurusan penyenggaraan bangunan hospital melalui penyumberan luar. In: Penyumberan Luar Dalam Pengurusan Fasiliti. Penerbit UTM , Johor, pp. 13-54. ISBN 978-983-52-0587-3

[img]
Preview
PDF
10kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FKSG/boo...

Abstract

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Malaysia telah merangsang industri pembinaan bangunan. Pelbagai jenis bangunan dan infrastruktur telah dibina bertujuan untuk menampung permintaan daripada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat. Oleh itu, bangunan yang dibina menjadi bertambah kompleks dan telah mengakibatkan permintaan untuk menyenggaranya bertambah. Penyenggaraan bangunan kini menjadi bidang yang penting agar bangunan boleh beroperasi seperti mana tujuan ianya direkabentuk. Dalam Belanjawan 2006 telah ditegaskan bahawa budaya penyenggaraan ini harus dipupuk dengan lebih tekun. Selain peruntukan kepada agensi kerajaan untuk program penyenggaraan berjumlah RM4.3 bilion, kerajaan akan menyediakan peruntukan khas yang merupakan tambahan sebanyak RM1 bilion untuk program penyenggaraan kemudahan awam pada tahun hadapan. Bagi 2005, kerajaan telah menyediakan peruntukan khas berjumlah RM500 juta yang membolehkan hampir 9,000 projek penyenggaraan dilaksanakan oleh kontraktor kelas F, selain peruntukan kepada agensi kerajaan berjumlah RM 4.1 bilion. Hospital dibina bertujuan untuk memberi kemudahankemudahan perubatan dan rawatan yang bermutu tinggi kepada pesakit-pesakit dalam dan pesakit-pesakit luar selain menjadi sebagai sebuah pusat rujukan utama yang memberi perkhidmatan diagnostik dan rawatan. Bangunan hospital dilengkapkan dengan kemudahan bangunan yang moden dan peralatan perubatan yang canggih serta melibatkan kakitangan yang profesional untuk memberikan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada para pesakit. Selain itu, terdapat juga hospital yang digunakan sebagai institusi pendidikan untuk melatih para pelajar perubatan, doktor dan jururawat. Proses penggunaan bangunan hospital yang pelbagai akan membawa kepada kerosakan dan kecacatan terhadap peralatan dan kemudahan bangunan yang terdapat di sesebuah hospital. Faktor usia bangunan kebanyakkan hospital di Malaysia juga menjadi punca utama kepada kerosakan mahu pun kecacatan, kerana setiap peralatan atau kemudahan yang dimiliki dan disediakan oleh sesebuah hospital mempunyai had dan tarikh luput ianya boleh digunakan (Hassan, 1991).

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:25449
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:25 May 2012 08:07
Last Modified:25 May 2012 08:07

Repository Staff Only: item control page