Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan indeks perlakuan melepak

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin (2008) Pembinaan indeks perlakuan melepak. In: Remaja dan Tingkah Laku Agresif. Penerbit UTM , Johor, pp. 91-108. ISBN 978-983-52-0540-8

[img]
Preview
PDF
12kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Gejala melepak adalah satu masalah lumrah yang berlaku di kebanyakan negara, tidak kira di bandar ataupun di kawasan luar bandar. Usaha menangani masalah ponteng memang wajar menjadi salah satu agenda penting dalam perancangan pengurusan sekolah. Hal ini sangat penting diperjuangkan bukan sahaja oleh individu dan keluarga malahan bagi suatu bangsa dan sebuah negara merdeka supaya lebih bermaruah, berdaulat dan bermartabat. Oleh sebab itu, keutuhan budaya dan moral yang menjadi prinsip penting dalam merealisasikan wawasan 2020. Secara keseluruhannya, fenomena budaya melepak yang menjadi tunjang kepada gejala sosial wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Gejala ini seharusnya dibendung dari awal lagi. Pembendungan ini harus dilakukan dari setiap sudut dan kerjasama padu dari pihak ibu bapa dan kerajaan amatlah diperlukan demi memastikan misi ini berjaya. Jika kita tidak serius dalam menangani gejala ini, akan timbul pula gejala-gejala lain yang akan menular di kalangan remaja kita dan akhirnya generasi yang bakal menjadi pelapis ini akan tenggelam begitu sahaja. Ia penting untuk mendapatkan kesejahteraan hidup yang harmoni dan aman damai seiring dengan kemajuan negara. Setiap peringkat umur perlu menghindari amalan melepak tanpa arah tujuan agar masa yang ada dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya. Apatah kata pelajar sekolah yang bakal menerusi perjuangan negara, bangsa dan agama. Pelbagai bentuk gejala sosial yang melanda masyarakat dewasa ini menuntut cabaran untuk mengatasinya. Lepak umpamanya merupakan salah satu masalah sosial yang menjadi pemangkin kepada pelbagai masalah sosial yang lain. Ini bermakna masalah melepak tidak boleh dipandang remeh. Budaya melepak amat ditakuti kerana boleh memusnahkan masa depan negara. Menurut Rustam A. Sani (1994), masalah melepak tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi menjadi masalah seluruh dunia. Azalina (dalam Samsudin,et.al., 2006), golongan belia adalah kelompok penting dalam usaha kerajaan membangunkan modal insan. Dengan itu, usaha pembangunan belia yang dilaksanakan mestilah dipatau agar ia memberikan kadar pulangan pelaburan yang setimpal dengan pelaburan perbelanjaan kerajaan. Akan tetapi, yang amat menduka-citakan ialah kebanyakan yang terlibat dalam gejala ini terdiri daripada generasi belia atau golongan muda remaja yang sepatutnya menjadi teras kepada kepimpinan negara. Tanpa tujuan, masa generasi muda belia dibazirkan dengan aktiviti melepak. Keadaan tersebut sedikit sebanyak harus mencetus kebimbangan di kalangan masyarakat kerana ia membabitkan golongan muda yang masih terlalu jauh lagi perjalanan hidup mereka. Jika keadaan ini dibiar berterusan, yang rugi bukan saja remaja itu sendiri bahkan negara kerana bakal diwarisi oleh generasi muda. Wong Khek Seng (1996), budaya melepak boleh membantut perkembangan ekonomi negara. Budaya melepak menjadikan generasi muda malas dan seterusnya meningkatkan kadar pengangguran. Sedangkan pembangunan negara memerlukan banyak tenaga kerja.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:25430
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:01 Jun 2012 03:37
Last Modified:01 Jun 2012 03:37

Repository Staff Only: item control page