Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran membaca menerusi komputer berasaskan lagu dan muzik

Tiong, Leh Ling and Tasir, Zaidatun (2008) Pembelajaran membaca menerusi komputer berasaskan lagu dan muzik. In: Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer. Penerbit UTM , Johor, pp. 17-30. ISBN 978-983-52-0514-9

[img]
Preview
PDF
9kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu dipelajari sama ada di Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan para pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PMR dan SPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita malahan ia merupakan bahasa utama yang sering diguna selain daripada bahasa Inggeris. Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun Satu lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:25429
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:01 Jun 2012 07:47
Last Modified:01 Jun 2012 07:47

Repository Staff Only: item control page