Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelakuan agresif di kalangan remaja

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Idris, Faizah (2008) Pelakuan agresif di kalangan remaja. In: Remaja dan Tingkah Laku Agresif. Penerbit UTM , Johor, pp. 109-136. ISBN 978-983-52-0540-8

[img]
Preview
PDF
10Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Fungsi sekolah sebagai sebuah institusi yang membentuk dan mendidik anak bangsa mengikut kehendak dan acuan wawasan negara merupakan satu tugas yang amat mencabar. Semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah seperti pihak kerajaan, pentadbir, guru, ibubapa dan murid memikul tanggungjawab yang besar dalam menentukan kejayaan generasi anak bangsa di masa hadapan. Laporan- laporan akhabar (Harian Metro, 25 Mac 2004; Berita Harian 25 Mac 2004) menunjukkan peningkatan jumlah jenayah juvana yang dilakukan oleh pelajar sekolah seperti gangterisme, pergaduhan, rogol, seks bebas dan buli telah sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara. Ini ditambah lagi dengan kejadian jenayah serta perlanggaran displin yang serius terjadi di dalam kawasan sekolah (Utusan Malaysia, 25 Mac 2004). Masalah ini perlu ditanggani dengan segera dan sebaik mungkin kerana ia bukan sahaja menjatuhkan imej sekolah sebagai institusi pembentuk jati diri dan pendidikan anak bangsa. Tetapi juga akan memberi impak kepada survival dan kemajuan negara di masa hadapan. Permasalah pelakuan agresif yang menyalahi dan melanggari norma-norma yang terpelihara dalam masyarakat adalah merupakan salah satu persoalan yang semakin meruncing serta memerlukan satu set kaedah penyelesaian yang berkesan (Jawatan kuasa Progran Gejala Sosial Kebangsaan, 1995). Lee Lam Thye (1997) dalam wawancara di Mingguan Malaysia 8 Julai 1997 menyatakan kebanyakkan remaja yang berusia 15 hingga 21 tahun terlibat dalam gejala vandalisme. Laporan yang dikeluarkan oleh Unit Displin Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 53 jenis salah laku yang dilakukan oleh golongan pelajar. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,035,876 kes berlaku di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Insiden-insiden perlakuan agresif pelajar yang berlaku sejak kebelakangan ini dan sering mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan media-media tempatan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar bersikap agresif dan apakah bentuk tingkah laku agresif yang dilakukan oleh pelajar mengikut persepsi pelajar di sekolah menengah di kawasan bandar Johor Bahru.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions:Education
ID Code:25423
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:01 Jun 2012 08:32
Last Modified:01 Jun 2012 08:32

Repository Staff Only: item control page