Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penglibatan tenaga kerja tempatan di sektor pembinaan di Malaysia : satu tinjauan

Buntat, Yahya and Rajuddin, Muhammad Rashid and Mohd. Yusof, Zakaria (2006) Penglibatan tenaga kerja tempatan di sektor pembinaan di Malaysia : satu tinjauan. In: International Conference on Construction Industry 2006, 2006, Universitas Bung Hatta, Indonesia.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.epublication.fab.utm.my/177/1/ICCI2006S...

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia telah mengalami kekurangan tenaga kerja yang kritikal. Sumber tenaga kerja tempatan tidak dapat menampung permintaan tenaga kerja binaan yang semakin meningkat. Ini menyebabkan kontraktor lebih cenderung untuk mengambil tenaga kerja asing. Pengambilan tenaga kerja asing yang terlalu ramai telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan taburan tenaga kerja binaan di tapak bina. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai implikasi yang negatif terhadap industri pembinaan itu sendiri. Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan tenaga kerja binaan tempatan dan tenaga kerja asing di tapak binaan mengikut tred binaan. Kajian telah dijalankan melalui kaedah tinjauan soal selidik terhadap 10 buah tapak bina di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil kajian menunjukkan tenaga kerja asing didapati memonopoli hampir keseluruhan tred dibandingkan dengan tenaga kerja tempatan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:tenaga kerja binaan, taburan tenaga kerja, latihan kemahiran, tred
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25351
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:17 May 2012 02:48
Last Modified:07 Feb 2017 07:28

Repository Staff Only: item control page