Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendedahan maklumat kewangan menerusi internet: praktis dan hubungannya dengan penentuan syarikat

Ali Khan, Mohd. Noor Azli and Chio, Li Fen and Tan, Wan Teng (2006) Pendedahan maklumat kewangan menerusi internet: praktis dan hubungannya dengan penentuan syarikat. In: n/a, 2006.

[img]
Preview
PDF
77Kb

Official URL: http://www.management.utm.my/download/doc_view/68-...

Abstract

Kajian ini membincangkan amalan pelaporan penyata kewangan menerusi internet dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Objektif utama kajian untuk melihat sama ada wujud hubungan di antara pendedahan maklumat kewangan menerusi internet dengan penentu syarikat. Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan 598 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sehingga berakhir pada 31 Disember 2003. Hasil kajian mendapati sebanyak 357 buah (65.9%) syarikat mempunyai laman Web dengan 259 buah (72.5%) syarikat mendedahkan maklumat kewangan sekaligus menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan syarikat yang mendedahkan maklumat kewangan menerusi Internet di Malaysia. Seterusnya, melalui ujian statistik yang dilakukan menunjukkan bahawa saiz syarikat, keuntungan syarikat dan jenis industri adalah antara penentu yang mempunyai hubungan yang positif dengan amalan pendedahan maklumat kewangan menerusi internet bagi syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:25295
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:14 May 2012 08:20
Last Modified:10 Jun 2014 03:34

Repository Staff Only: item control page