Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Isu undang-undang di dalam penjualan data ruang berdigit

Cheok, Khai Lek (1994) Isu undang-undang di dalam penjualan data ruang berdigit. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation Science And Engineering.

[img]
Preview
PDF
387kB

Abstract

GIS ialah satu alat baru yang amat berguna di dalam membantu pembuatan keputusan. Penggunaan GIS semakin popular di Malaysia di mana GIS digunakan di dalam banyak bidang. Ini telah membuka banyak peluang perniagaan yang baru seperti penjualan perkakasan dan perisian komputer GIS. Satu lagi peluang perniagaan ialah penjualan data GIS yang juga dikenali sebagai data ruang berdigit. Data ruang berdigit merupakan bahan api untuk satu-satu GIS. Proses pembinaan pangkalan data ruang berdigit amat mahal dan kos proses ini memakan sebahagian besar kos perlaksanaan GIS. Satu cara untuk mengurangkan kos ini ialah dengan membeli data ruang berdigit yang telah dihasilkan oleh organisasi lain. Sifat data ruang berdigit yang berlainan daripada barang dagangan yang biasa telah menimbulkan isu undang-undang di dalam penjualannya. Undang-undang negara ini tidak dapat mengikut perkembangan teknologi semasa dan akibatnya timbul isu seperti perlindungan hakcipta, liabiliti, kebolehterimaan data berdigit, hak kebebasan maklumat dan hak keperibadian.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Tesis (Sarjana Sains Ukur) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:25
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 Jan 2007 07:02
Last Modified:10 Jan 2018 04:24

Repository Staff Only: item control page