Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Simulasi menerusi web: persepsi pelajar terhadap pembelajaran WWWS

Md. Salleh, Shaharuddin and Tasir, Zaidatun and Aris, Baharuddin (2007) Simulasi menerusi web: persepsi pelajar terhadap pembelajaran WWWS. In: International Malaysia Education Technology Convention, 2007, Sofitel, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembelajaran rangkaian komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji rangkaian sebenar menyukarkan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui pengalaman adalah menerusi simulasi. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu simulasi menerusi web yang kian berkembang pesat. Kajian ini juga cuba melihat sama ada simulasi menerusi web berpotensi dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran ini. Simulasi yang dibina adalah berfokuskan kepada 3 struktur rangkaian yang dipelajari dalam mata pelajaran ini iaitu struktur ring, bus dan hybird. Beberapa perisian pengarangan laman web, simulasi dan suntingan digital digunakan sebagai alatan membangunkan simulasi menerusi web. Data diambil melalui soal selidik ke atas 10 orang sampel yang diambil secara bertujuan di kalangan pelajar Sarjana Muda di Fakulti Pendidikan yang mendaftar matapelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian. Min keseluruhan yang diperolehi adalah 3.90 bagi masalah yang dihadapi semasa belajar mata pelajaran Telekomunikasi dan Rangkaian, 3.98 bagi reka bentuk antara muka yang digunakan, 4.21 bagi pendapat responden mengenai simulasi yang digunakan dan 4.10 bagi kesesuaian media yang dipilih. Data juga diperolehi menerusi maklum balas dari forum elektronik selepas pelajar belajar menerusi web. Hasil kajian menunjukkan penerimaan positif pengguna terhadap pembelajaran simulasi menerusi web, reka bentuk dan isi pelajaran yang disampaikan. Corak laman web interaktif dengan elemen multimedia sebagai sokongan penyampaian dan teori konstruktivisme sebagai strategi penyampaian hendaklah dilanjutkan ke mata pelajaran yang lain. Ia berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin pesat maju.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Simulasi menerusi web, pembelajaran WWWS
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:24632
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:27 Apr 2012 08:30
Last Modified:07 Aug 2017 06:52

Repository Staff Only: item control page