Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dan keberkesanan strategi hibrid C-C di sekolah menengah teknik

Shariffudin, Rio Sumarni and Sahat @ Ashari, Abd. Aziz (2007) Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dan keberkesanan strategi hibrid C-C di sekolah menengah teknik. In: International Malaysia Education Technology Convention, 2007, Sofitel, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://eprints.utm.my/6012/2/145-rio.pdf

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Kontekstual di Sekolah Menengah Teknik dan keberkesanan strategi HIBRID C-C iaitu strategi pengajaran yang menggabungkan pendekatan Pengajaran Secara Kontekstual dengan fasa-fasa pengajaran dalam aliran Konstruktivisme. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru dari tujuh buah Sekolah Menengah Teknik di Johor dan 77 pelajar. Data diperolehi melalui soal selidik,temu bual dan pemerhatian. Pelajar-pelajar daripada sebuah sekolah digunakan sebagai sampel untuk menilai keberkesanan strategi HIBRID C-C melalui ujian pencapaian pra dan pos. Untuk menganalisis data, pendekatan kuantitatif dan kualitatif digunakan. Hasil analisis kajian terhadap perlaksanaan Pengajaran Secara Kontekstual di kalangan guru, lebih daripada 80% guru berpandangan positif terhadap perlaksanaan Pengajaran Secara Kontekstual. Lebih daripada 90% guru bersetuju bahawa strategi HIBRID C-C sesuai dan sepatutnya dilaksanakan di dalam kelas. Ujian pencapaian terhadap pelajar, mendapati bahawa selepas penggunaan strategi tersebut, kumpulan rawatan mencapai peningkatan min markah ujian pos yang signifikan iaitu 15.37 berbanding dengan 6.41 min bagi markah ujian pra. Ujian t juga mendapati ianya signifikan pada aras 0.05. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pelajar dalam ciri-ciri menghubungkait, pengalaman, aplikasi, pemindahan dan kerjasama (dari 36.68 kepada 52.05). Secara keseluruhannya, pengajaran secara kontekstual yang diamalkan secara tradisi di Sekolah Menengah Teknik pada masa sekarang membuktikan bahawa ianya memberi manfaat kepada pelajar. Penggunaan strategi HIBRID C-C pula didapati dapat menambahbaikkan pencapaian dan kemahiran pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Strategi HIBRID C-C, pembelajaran secara kontekstual, sekolah menengah teknik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:24630
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:18 Apr 2012 05:27
Last Modified:20 Sep 2017 01:55

Repository Staff Only: item control page