Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan perisian pembelajaran berasaskan web menggunakan kaedah simulasi bagi sub topik teknologi rangkaian tanpa wayar untuk rangkaian kawasan setempat

Md. Hamdani, Noor Adreen and Md. Noor, Norah (2007) Pembangunan perisian pembelajaran berasaskan web menggunakan kaedah simulasi bagi sub topik teknologi rangkaian tanpa wayar untuk rangkaian kawasan setempat. In: International Malaysia Education Technology Convention, 2007, Sofitel, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan perisian pembelajaran berasaskan web dengan menggunakan kaedah simulasi dengan menggunakan Model Rekabentuk Pengajaran Willis R2D2. Topik yang dipilih bagi tujuan ini ialah Wireless Network Technologies bagi kegunaan pelajar Bachelor of Information Technology (BIT) dan Bachelor of Information System (BIS) dalam memahami dan menjalankan pemasangan rangkaian tanpa wayar untuk rangkaian kawasan setempat. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap rekabentuk utama iaitu rekabentuk informasi/strategi pembelajaran, rekabentuk persembahan, rekabentuk interaksi dan rekabentuk simulasi. Hasil daripada analisa terhadap setiap rekabentuk utama didapati rekabentuk informasi/strategi persembahan mendapat nilai min iaitu (min = 4.3), rekabentuk persembahan (min = 4.1), rekabentuk interaksi (min = 4.46) dan rekabentuk simulasi (min = 4.2). Manakala hasil daripada pemerhatian, didapati responden mampu dan berjaya menjalankan aktiviti pemasangan rangkaian tanpa wayar dengan bantuan perisian pembelajaran berasaskan web ini. Temubual turut mendapat maklumbalas yang positif setelah responden menjalankan aktiviti pemasangan tersebut.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Simulasi komputer, rangkaian, PBK, pembelajaran berasaskan web
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:24625
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:18 Apr 2012 05:31
Last Modified:07 Aug 2017 04:32

Repository Staff Only: item control page