Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara kognitif visual dengan pencapaian lukisan kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah menengah teknik

Saud, Muhammad Syukri and Lee, Ming Foong (2007) Hubungan antara kognitif visual dengan pencapaian lukisan kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah menengah teknik. In: International Malaysia Education Technology Convention, 2007, Sofitel, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Abstract

Lukisan Kejuruteraan merupakan subjek asas kepada kursus-kursus dalam bidang kejuruteraan. Sehubungan dengan itu, seseorang pelajar perlu melengkapkan diri dengan konsep asas Lukisan Kejuruteraan kerana ianya dapat memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran yang lebih kompleks dalam matapelajaran kejuruteraan lain kerana pembelajaran LK dapat membantu pelajar untuk memahami konsep-konsep dalam teori dan amali kejuruteraan. Namun, untuk menguasai konsep Lukisan Kejuruteraan dengan berkesan, seseorang pelajar harus menguasai kemahiran visualisasi dengan baik. Banyak hasil kajian turut melaporkan bahawa pelajar sering menghadapi kesukaran dalam penyelesaian masalah LK akibat lemah dalam visualisasi. Wiley (1990) telah mengemukakan satu heirarki pembelajaran visual. Hierarki Pembelajaran Visual Wiley terdiri daripada tiga peringkat dan setiap peringkat terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu dilalui oleh seseorang individu sebelum mencapai tahap kematangan visual. Peringkat pertama hierarki pembelajaran visual dikenali sebagai Kognitif Visual. Kognitif Visual adalah proses untuk memahami, mengingat, membentuk dan menyunting maklumat visual secara mental. Terdapat tiga tahap dalam peringkat pertama ini iaitu Persepsi Visual, Memori Visual dan Visualisasi. Kertas kerja ini membincangkan tahap kognitif visual pelajar di sekolah menengah teknik dan juga hubungannya dengan pencapaian Lukisan Kejuruteraan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar tingkatan empat dari sembilan buah sekolah menengah teknik di negeri Johor. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai tahap persepsi visual yang sederhana, tahap memori visual yang tinggi dan tahap visualisasi yang rendah. Hasil dapatan kajian turut menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara kognitif visual dengan pencapaian Lukisan Kejuruteraan pelajar. Oleh sebab itu, tahap kognitif visual pelajar perlu diberikan penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan supaya mereka dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:lukisan kejuruteraan, pembelajaran, kognitif visual, Visual Wiley
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:24624
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:18 Apr 2012 05:31
Last Modified:18 Sep 2017 08:32

Repository Staff Only: item control page