Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknikal dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) negeri Johor.

Saud, Muhammad Syukri and Abdul Rahman, Mohd. Anuar and Ting, Kung Shiung (2007) Kajian mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknikal dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) negeri Johor. In: International Malaysia Education Technology Convention, 2007, Sofitel, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) siswazah terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan e-pembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran. Sebanyak 306 siswazah yang sedang mengikuti kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Bagi mendapatkan data-data yang berkaitan, soal selidik telah digunakan, dan analisis deskriptif telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kecekapan diri siswazah kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah tinggi. Kecekapan diri siswazah secara keseluruhannya mencatat nilai min 3.8024. Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu 3.1046. Halangan situasi mencatat min 2.9739 dan halangan institusi mencatat min 2.806. Halangan personaliti pula mencatat min yang terendah iaitu 2.5737. Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halanganhalangan dalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e-pembelajaran adalah rendah memandangkan nilai pekali korelasi sebanyak -0.384. Di samping itu, terdapat beberapa cadangan terhadap kajian ini dan kajian lanjutan juga dibincangkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:24622
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:18 Apr 2012 05:31
Last Modified:18 Sep 2017 08:30

Repository Staff Only: item control page