Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Menjana budaya ilmu di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi: satu anjakan paradigma

Mat Ali, Siti Nazilah and Omar, Khatijah and Ismail, Isma Rosila (2006) Menjana budaya ilmu di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi: satu anjakan paradigma. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
47kB

Abstract

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia berkembang pesat sejak sedekad lalu dengan pelbagai pembaharuan dari segi dasar dan inisiatif. Perkembangan ini dirangka selari dengan kepentingan ilmu dan keperluan pembangunan modal insan, bukan saja untuk keperluan tempatan malah didorong oleh dasar untuk menyediakan perkhidmatan pengajian tinggi berkualiti bagi memenuhi permintaan di rantau ini. Perkembangan ini bukan berlaku secara kebetulan, akan tetapi melalui perancangan strategik dasar kerajaan terhadap sektor pengajian tinggi yang proaktif, kestabilan politik, kepesatan ekonomi dan permintaan tinggi terhadap pengajian tinggi. Matlamat untuk membangunkan modal insan sudah pasti tidak akan tercapai sekiranya pembelajaran di IPT disalahtafsirkan ataupun hanya dianggap sebagai batu loncatan sahaja. Komuniti IPT perlu menyedari bahawa kemajuan ilmu yang sebenar tersurat menerusi kualiti jiwa, minda, aspirasi, cara hidup dan kemahiran yang dibangunkan dalam diri setiap ahli dalam komuniti akademik, termasuklah graduan. Untuk mencapai tahap dan kualiti kemajuan ilmu yang tinggi, dimensi kualiti pengajian tinggi itu sendiri seharusnya kompeten untuk membentuk budaya ilmu. Bagaimana untuk menjana budaya ilmu perlu dibuat perancangan yang rapi dengan mengambil kira aspek individu, proses dan persekitaran untuk menjamin kemampanan pembudayaan ilmu. Kertas kerja ini akan mengupas tentang anjakan paradigma sebagai satu proses perubahan sikap dan tingkahlaku ke arah penjanaan budaya ilmu di IPT. Paradigma baru perlu dibina sebagai asas kepada pembentukan budaya ilmu. Paradigma baru ini boleh dicipta dengan kaedah mewujudkan dan merperlihatkan keperluan dan kepentingannya bagi seseorang individu khususnya dan masyarakat amnya. Sebagai natijahnya, segala dana yang diperuntukkan, perancangan yang dibuat, pengemblengan sumber manusia dan transaksi tidak akan tersasar daripada matlamat penjanaan modal insan sekaligus menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Modal insan; budaya ilmu; paradigma; rasuah
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:246
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 07:02
Last Modified:23 Aug 2017 06:21

Repository Staff Only: item control page