Yahaya, Azizi (1998) Penggunaan model KIPP dalam penilaian matapelajaran kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan ITTHO, 24 Oct 1998.
PDF (Fulltext)
269kB |
Official URL: https://www.researchgate.net/publication/266296662...
Abstract
Soal selidik digunakan untuk tujuan kajian ini dan dibentuk berdasarkan model KIPP oleh Stufflebeam. Soal selidik diedarkan melalui pos dan juga diedar sendiri oleh penyelidik di Selangor, N.Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor. Seramai 250 orang guru dan 150 pelajar menjadi responden dalam kajian. Kebolehpercayaan soal selidik berdasarkan kepada setiap dimensi yang terdapat dalam model KIPP ialah melebehi daripada 0.7. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk tujuan kajian ini.Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa, dari segi dimensi konteks menunjukkan keputusan yang diperolehi daripada sikap guru terhadap perubahan Kemahiran Hidup dan sebelum pelaksanaan Kemahiran Hidup adalah tidak berkesan kerana terdapat banyak masalah yang timbul. Walau bagaimanapun dari segi kerelevanan objektif Kemahiran Hidup dengan Falsafah Pendidikan Negara, dan keyakinan guru terhadap Kemahiran Hidup menunjukkan keberkesanan. Dari segi dimensi input, didapati kelengkapan peralatan dan bengkel, sokongan pengetua, kemahiran guru mengajar, dan latihan adalah tidak berkesan secara keseluruhannya. Sementara dari segi peruntukan kewangan, jadual waktu dan masa, dan pengetahuan guru menunjukkan keberkesanan yang tinggi. Dari segi dimensi proses, didapati cara penilaian projek yang dijalankan oleh guru secara keseluruhannya tidak berkesan, tetapi dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran guru didapati berkesan. Akhir sekali dari segi dimensi produk didapati pencapaian objektif Kemahiran Hidup secara keseluruhannya adalah tidak berkesan. Walau bagaimanapun, terdapat pelajar-pelajar yang menunjukkan perubahan sikap, peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang baik.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Penilaian, Model KIPP, Konteks, Input, Proses Produk |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 2404 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 15 Apr 2007 12:49 |
Last Modified: | 12 Sep 2017 01:33 |
Repository Staff Only: item control page