Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah dan gaya pembelajaran pelajar terhadap subjek kimia

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Salim, Irma Syah (2008) Masalah dan gaya pembelajaran pelajar terhadap subjek kimia. In: Permasalahan Pendidikan Sains dan Matematik. Penerbit UTM , Johor, pp. 143-172. ISBN 978-983-52-0532-3

[img]
Preview
PDF
15Kb

Abstract

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berusaha mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, telah meletakkan bidang sains dan teknologi sebagai salah satu pra-syarat bagi mencapai hasrat tersebut selaras dengan perkembangan pendidikan sains yang berlaku secara sejagat, untuk memberi dimensi baru ke atas proses pengajaran dan pembelajaran sains. Usaha ini wajar dilaksanakan bagi membina masyarakat saintifik yang progresif, inovatif dan berpandangan jauh. Matlamat ini selari dengan matlamat pendidikan sains yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu memupuk dan mengekalkan minat terhadap subjek berkaitan bidang sains, menyediakan peluang memasuki bidang sains dan menyediakan segala keperluan bagi menghasilkan prestasi tinggi dalam pendidikan sains (Matnor, 1995). Oleh itu, kemahiran menyelesaikan masalah dalam sains perlu dikuasai oleh pelajar agar mereka boleh menjana idea dalam konteks situasi penyelesaian masalah harian. Bidang sains seperti kimia perlu dikuasai oleh pelajar dengan baik kerana penghasilan dan penggunaan kimia dalam kehidupan seharian banyak membawa kesan, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat dan alam sekitar. Kimia bermaksud sains unsur dan sebatian, yangmelibatkan kajian terhadap jirim (secara makroskopik dan mikroskopik), interaksi antara bahan, penghasilan dan penggunaan bahan (Abu Hassan, 2003). Kimia mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan manusia. Contohnya, kajian yang dilakukan terhadap sifat beberapa logam tertentu dapat membantu ahli kimia membentuk beberapa aloi dengan cara menyepadukan beberapa jenis logam yang berbeza, untuk menghasilkan bahan yang lebih ekonomi dan mempunyai ketahanan yang tinggi. Kimia adalah sesuatu yang istimewa dan menakjubkan yang dapat menenang dan menyenangkan pemikiran jika dikuasai dengan baik. Sumbangan kimia dalam kehidupan seharian sangat banyak, dari penerokaan di dasar laut dan bumi sehinggalah kepada penerokaan ke angkasa lepas. Kimia juga mempunyai aspek keindahan (aesthetic) dan dramatik, contohnya dari keindahan hablur yang terbentuk dari susunan atom dan molekul yang simetri. Di samping itu, masalah kelemahan pelajar dalam menguasai dan menyelesaikan masalah kimia merupakan suatu masalah yang boleh memberi pandangan yang negatif terhadap subjek ini. Pelajar yang tidak dapat menguasai formula dan persamaan kimia serta simbol kimia turut menghadapi masalah apabila mempelajari kimia (Don, 1992). Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, sistem pendidikan Malaysia perlu dinamik, melalui perlaksanaan kurikulum yang sesuai dan kemas sejajar dengan cita-cita dan matlamat negara. Sehubungan itu, kurikulum kimia perlu diolah dengan teliti agar dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Latar belakang

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:23740
Deposited By: Ms Zalinda Shuratman
Deposited On:16 Mar 2012 03:36
Last Modified:21 Mar 2012 08:31

Repository Staff Only: item control page