Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaluddin and Boon, Yusof Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Mata Pelajaran Matematik: Sejauhmanakah Hubungan ini Relevan? In: Unpublished. (Unpublished)
|
PDF (Fulltext)
123Kb |
Abstract
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan apakah hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan pelajar terhadap mata pelajaran matematik itu. Pengukuran sikap berdasarkan kepada skala sikap model Likert, manakala pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran matematik diukur dengan menggunakan gred yang diperolehi dari peperiksaan akhir tahun 1999. Seramai 40 orang responden telah dipilih dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru sebagai sampel kajian ini. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut. Di akhir kajian, cadangan-cadangan telah dikemukakan untuk membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran di kalangan pelajar.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Sikap komitmen, sikap emosi, sikap berwawasan, metematik, pencapaian |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 2355 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 12 Apr 2007 22:03 |
| Last Modified: | 01 Jun 2010 03:02 |
Repository Staff Only: item control page

