Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelajar mata pelajaran matematik: sejauhmanakah hubungan ini relevan?

Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaluddin and Boon, Yusof (2007) Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelajar mata pelajaran matematik: sejauhmanakah hubungan ini relevan? In: Conference.

[img] PDF (Fulltext)
126kB

Official URL: https://core.ac.uk/display/11778898/tab/similar-li...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan apakah hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan pelajar terhadap mata pelajaran matematik itu. Pengukuran sikap berdasarkan kepada skala sikap model Likert, manakala pencapaian pelajaran dalam mata pelajaran matematik diukur dengan menggunakan gred yang diperolehi dari peperiksaan akhir tahun 1999. Seramai 40 orang responden telah dipilih dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru sebagai sampel kajian ini. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut. Di akhir kajian, cadangan-cadangan telah dikemukakan untuk membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran di kalangan pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Sikap komitmen, sikap emosi, kolerasi Pearson, pencapaian pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2355
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Apr 2007 22:03
Last Modified:12 Sep 2017 01:37

Repository Staff Only: item control page