Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah ganggaun seksual di kalangan guru-guru di Johor, Melaka, N.Sembilan dan Selangor

Yahaya, Azizi and Hassan, Hasmadi (2007) Masalah ganggaun seksual di kalangan guru-guru di Johor, Melaka, N.Sembilan dan Selangor. In: Conference.

[img] PDF (Fulltext)
169kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru mengenai tingkah laku gangguan seksual, bentuk-bentuk gangguan seksual yang berlaku, prosedur aduan, kesan-kesan akibat gangguan seksual dan hubungannya dengan prestasi kerja. Seramai 400 orang guru dari 20 buah sekolah rendah dan menengah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dipilih secara kelompok atas kelompok. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik Experiences Of Sexual Harassment (SHEQ) dan The Sexual Harassment Questionnaires (SHAS). Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach)bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.971. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gangguan seksual berdasarkan jantina dan status perkahwinan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan gangguan seksual berdasarkan taraf pendidikan, lokasi dan bangsa. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan gangguan seksual dengan umur, pengalaman mengajar dan pendapatan tetapi terdapat hubungan yang signifikan kesan gangguan seksual dengan prestasi kerja di kalangan guru. Tahap gangguan seksual di kalangan guru secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang rendah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Gangguan seksual, kesan gangguan seksual dan prestasi kerja
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2352
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Apr 2007 21:15
Last Modified:12 Sep 2017 01:36

Repository Staff Only: item control page