Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbezaan dalam dimensi kemahiran generik pelajar baru KUSTEM

Amiruddin, Nur Amirah and Wong Abdullah, Wan Salihin and Wan Mohd. Amin, Wan Abd. Aziz (2006) Perbezaan dalam dimensi kemahiran generik pelajar baru KUSTEM. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
52kB

Abstract

Kajian mengenai pengangguran dikalangan siswazah telah banyak dilakukan oleh penyelidik sama ada di luar atau di dalam negara. Isu pengangguran bukan suatu isu yang baru. Apa yang menjadi topik perbincangan hangat kini ialah kualiti graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan. Dapatan kajian mengenai graduan yang diketuai oleh profesor Ambigapathy Pandian dalam Buletin Higher Education Research , IPPTN 2005 ke 5, mendapati kegagalan graduan menembusi pasaran kerja adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri iaitu kemahiran komunikasi, kualiti peribadi dan kekurangan kemahiran interpersonal. Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian yang telah dijalankan (Hogarth et al, 2001) mengenai kesukaran untuk mengisi kekosongan jawatan di industri kerana kekurangan kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kemahiran teknologi maklumat dan numeracy. Menyedari kepentingan kemahiran generik ini, KUSTEM telah menjalankan kajian tahap kemahiran generik ke atas 1384 pelajar baru yang mendaftar di KUSTEM pada sesi pengajian Jun 2005/2006. Pelajar-pelajar tersebut mengikuti pelbagai program yang ditawarkan daripada 3 fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM). Pelajar dikehendaki menjawab soalselidik yang mengandungi soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi, kemahiran generik yang diperolehi semasa di matrikulasi atau tingkatan 6 dan kaedah pembelajaran yang menjadi amalan sebelum ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis dan tahap kemahiran generik dikalangan pelajar baru KUSTEM. Dapatan kajian di analisis menggunakan SPSS 12.0. Hasil kajian mendapati tahap kemahiran generik pelajar baru secara keseluruhan adalah sederhana baik. Kemahiran generik juga mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut jantina dan fakulti. Maklumat mengenai tahap kemahiran ini boleh dijadikan benchmark untuk memastikan KUSTEM mampu melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran globalisasi tanpa membelakangkan unsur pengukuhan spiritual dan adat budaya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pengangguran; kualiti graduan; kemahiran generik
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:235
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:57
Last Modified:23 Aug 2017 04:10

Repository Staff Only: item control page