Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaluddin (2003) Keberkesanan pendidikan prasekolah KEMAS dan swasta: perbandingan mengikut persepsi ibu bapa. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Pra-sekolah 2003, 17-19 Dec 2003, Hotel Promede, UMS Sabah.
PDF (fulltext)
109kB |
Abstract
Kajian ini merupakan kajian tinjauan mengenai persepsi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke institusi prasekolah swasta dan Tadika KEMAS. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan ibu bapa terhadap guru KEMAS dan juga peralatan yang digunakan. Sampel kajian ini terdiri dari 90 orang ibu bapa yang menghantar anak mereka ke institusi pra sekolah swasta dan KEMAS di Taman Universiti, Taman Sri Pulai dan juga Taman Teratai. Penyelidik menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) bagi menganalisis data yang diperolehi dari kajian. Data dianalisis dengan membandingkan pendapat ibu bapa terhadap tadika KEMAS dengan tadika Swasta. Kajian ini dijalankan dari bulan Julai 2001 hingga September 2001. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan kecil di antara tadika Swasta dan tadika anjuran KEMAS. Perbezaan ini terdapat pada bahagian peralatan dan persekitaran KEMAS. Dari segi sikap guru, pengalaman guru serta tahap pendidikan guru menunjukkan bahawa kedua-duanya adalah sama.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Prasekolah KEMAS, persepsi ibu bapa, guru KEMAS |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 2348 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 12 Apr 2007 08:44 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 03:54 |
Repository Staff Only: item control page