Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru

Kassim, Abu Hassan and Hussin, Rohana (2003) Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pasific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] Microsoft Word
135Kb

Abstract

Kurikulum sains di sekolah negara kita telah mengalami pelbagai reformasi, demi mencapai matlamat ke arah pembentukan negara industri. Mulai tahun 2002 pelajar tingkatan empat telah mempelajari sains melalui kurikulum KBSM yang baru (yang disemak semula). Kurikulum sains KBSM yang baru memberi penekanan terhadap pemerolehan pengetahuan dan penguasaan proses sains, melalui pendekatan pembelajaran berfikrah. Penguasaan kemahiran proses sains yang baik di kalangan pelajar membolehkan mereka berfikir secara kritis, proaktif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan. Persoalannya: Adakah kurikulum sains di sekolah negara kita dilaksanakan dengan berkesan, demi mencapai matlamatnya? Adakah terdapat bukti yang menunjukkan penguasaan proses sains pelajar mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran kimia ? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan beberapa kemahiran proses sains, seterusnya menentukan sama ada terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran tersebut dengan tahap pencapaian kimia di kalangan pelajar. Seramai 300 orang pelajar dari 7 buah sekolah di daerah Johor Bahru, dipilih secara rawak berlapis, telah dilibatkan dalam kajian. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen Ujian Penguasaa Kemahiran Proses Sains (UPKPS) dan Ujian Pencapaian Kimia (UPK). Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi kedua-dua instrumen UPKPS dan UPK yang digunakan dalam kajian ini adalah masing-masing 0.8989 dan 0.7635. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran proses sains, khususnya kemahiran membuat inferens dan mengenalpasti pemboleh ubah, serta tahap penguasaan kimia di kalangan pelajar adalah sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuat hipotesis, mentafsir maklumat seterusnya membuat ramalan berasaskan maklumnat yang diperolehi adalah baik; manakala, pelajar menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran mengeksperimen. Terdapat korelasi positif yang rendah antara kemahiran proses sains pelajar dengan pencapaian mereka dalam kimia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2345
Deposited By: Hj. Zainudin Hassan
Deposited On:12 Apr 2007 02:37
Last Modified:01 Jun 2010 03:02

Repository Staff Only: item control page