Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Reka bentuk dan keberkesanan perisian multimedia membaca-faham berasaskan gambaran visual bagi kanak-kanak prasekolah

Shariffudin, Rio Sumarni and Omar, Abdul Hafidz and Awang Hamid, Dayang Tiawa (2003) Reka bentuk dan keberkesanan perisian multimedia membaca-faham berasaskan gambaran visual bagi kanak-kanak prasekolah. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pasific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] Microsoft Word
64kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti masalah pembelajaran membaca yang dihadapi di kalangan kanak-kanak prasekolah, membangunkan sebuah perisian membaca dan menilai keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer terhadap pembelajaran membaca. Penyelidikan ini menggunakan model dominant-less dominant design (Creswell, 1994:177) iaitu gabungan di antara pendekatan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dalam satu reka bentuk dengan menumpukan kepada pendekatan kualitatif sebagai satu paradigma yang dominant. Bagi mendapatkan maklumat tentang masalah pembelajaran membaca, penyelidik telah mengumpulkan data mengenai penguasaan membaca kanak-kanak di sepuluh buah prasekolah di daerah Johor Bahru. 10 orang guru yang mengajar dilibatkan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah pengajaran membaca yang biasa mereka gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Selain daripada itu penyelidik juga menyelitkan beberapa persoalan mengenai presepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran membaca kanak-kanak prasekolah. Bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer dalam pembelajaran membaca, sebuah perisian membaca telah dibangunkan dan dinilai secara kuantitatif dan kualitatif. Dalam penilaian kuantitatif pencapaian kanak-kanak dari sebuah sekolah akan terlibat dalam kuasi-eksperimen. Penilaian terhadap perisian secara kualitatif pula akan dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian menerusi perisian ScreenCam dan senarai semak. Interaksi kanak-kanak akan diperhatikan semasa mereka belajar membaca menggunakan komputer.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Perisian Multimedia Membaca-Faham, Kanak-Kanak Prasekolah
Subjects:K Law > K Law (General)
Divisions:Education
ID Code:2344
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:12 Apr 2007 02:34
Last Modified:30 Aug 2017 04:37

Repository Staff Only: item control page