Tan, Ten Nai and Mohamed, Mohini (2003) Kajian kes terhadap jenis tingkah laku metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pasific, Johor Bahru. (Unpublished)
Microsoft Word
42kB |
Abstract
Kertas kerja ini menerangkan jenis tingkah laku metakognitif sampel semasa menyelesaikan masalah matematik. Suatu kajian kes dengan pendekatan kualitatif digunakan untuk memperolehi kefahaman terhadap tingkah laku metakognitif ini, iaitu dengan mengenalpasti dan menentukan jenis dan pola tingkah laku metakognitif, serta perkaitannya dengan pencapaian penyelesaian masalah semasa empat sampel pelajar Tingkatan Empat menyelesaikan 3 masalah matematik dengan menggunakan model penyelesaian masalah De Corte ( 2003 ) yang memberi fokus kepada aspek metakognitif. Di samping itu, masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk menunjukkan tingkah laku metakognitif ketika menyelesaikan masalah juga telah dikenalpasti. Data telah didapati dengan menggunakan kaedah triangulasi yakni melalui cerapan dan protokol lisan (verbatim) serta pemikiran bersuara (thinking aloud ) semasa menyelesaikan 3 masalah matematik. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat 6 jenis tingkah laku metakognitif yang hadir dengan mengikut frekuensi dan pola tertentu dalam 5 fasa yang terdapat di dalam model De Corte. Dapatan kajian juga telah menunjukkan terdapat perkaitan yang jelas antara jenis tingkah laku metakognitif dengan pencapaian proses penyelesaian masalah pelajar. Di samping itu, terdapat juga masalah yang telah mempengaruhi kehadiran tingkah laku metakognitif semasa pelajar menyelesaikan masalah.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Metakognitif, Penyelesaian Masalah Matematik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 2343 |
Deposited By: | Zainudin Hassan |
Deposited On: | 12 Apr 2007 02:30 |
Last Modified: | 30 Aug 2017 04:40 |
Repository Staff Only: item control page