Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space Di Universiti Teknologi Malaysia

Hamzah, Rohana and Othman, Widad and Tieu, Winson Chiong Sin (2003) Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space Di Universiti Teknologi Malaysia. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pasific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] Microsoft Word
94kB

Abstract

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif. Ia bertujuan untuk mengkaji pola gaya pembelajaran pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) Fakulti Pendidikan di cawangan-cawangan pusat pembelajaran SPACE di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching. Model Skala gaya Pembelajaran Pelajar Grasha Riechmann (Grasha Riechmann Student Learning Style Scales, GRSLSS) yang terdiri daripada enam sifat, iaitu berdikari, pergantungan, penyertaan, penghindaran, persaingan dan kolaboratif digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul melalui penggunaan soal selidik yang telah diterjemahkan daripada inventori Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha Riechmann yang terdiri daripada 60 item. Seramai 130 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 10.0 for Windows bagi mendapatkan statistik dalam bentuk peratus dan kekerapan. Ujian-t dan ANOVA satu hala digunakan untuk mencari perbezaan di antara pembolehubah. Ujian L.S.D (Perbezaan Signifikan Terkecil) digunakan bagi menentukan kumpulan min yang berbeza dalam pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan bahawa sifat persaingan dan kolaboratif adalah berada pada tahap tinggi manakala tahap sederhana bagi sifat berdikari, penghindaran, pergantungan dan penyertaan bagi pelajar PJJ dan sepenuh masa. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sifat berdikari dan sifat persaingan berdasarkan jantina di mana pelajar perempuan lebih berdikari dan persaingan jika berbanding dengan pelajar lelaki. Begitu juga terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sifat kolaboratif berdasarkan pencapaian keputusan CPA responden. Keputusan membuktikan bahawa terdapat perbezaan tahap kolaboratif di antara CPA pada 3.00 [ CPA ¢ 3.70 dengan CPA 2.00 [ CPA ¢ 2.30 dan CPA pada 2.30 [ CPA ¢ 3.00 dengan pencapaian CPA pada 2.00 [ CPA ¢ 2.30 di mana CPA tinggi menunjukkan bersifat lebih kolaboratif berbanding CPA rendah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pola Gaya Pembelajaran Pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2341
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:12 Apr 2007 02:24
Last Modified:30 Aug 2017 03:49

Repository Staff Only: item control page