Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendidikan ketamadunan dan cabaran pembinaan Bangsa Malaysia : sejauhmanakah ia mampu memupuk nilai-nilai jati diri, persamaan, toleransi, persefahaman dan kejayaan di kalangan pelajar universiti . Satu perbincangan.

Mohd. Balwi, Mohd. Koharuddin and Hassan, Zainudin (2003) Pendidikan ketamadunan dan cabaran pembinaan Bangsa Malaysia : sejauhmanakah ia mampu memupuk nilai-nilai jati diri, persamaan, toleransi, persefahaman dan kejayaan di kalangan pelajar universiti . Satu perbincangan. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pasific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] Microsoft Word
104kB

Abstract

Persoalan pembinaan suatu bangsa Malaysia merupakan persoalan paling penting yang terus menjadi agenda utama negara dalam peklaksanaan sistem pendidikan di negara ini. Pendidikan ketamadunan dirasakan amat penting untuk dijadikan sebagai sebahagian dari strategi bagi memupuk jati diri dan perasaan muhibah serta persefahaman di kalangan pelajar universiti. Ia juga lanjutan dari pelbagai masalah yang melanda para pelajar kita di menara gading yang dikatakan kurangnya integrasi antara kaum dan tumbuhnya perasaan curiga dan bibit-bibit perpecahan kaum di universiti. Lantaran itu masalah tersebut, kerajaan telah mewajibkan mata pelajaran tamadun iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (dikenali sebagai matapelajaran TITAS I dan TITAS II) diperkenalkan di semua universiti di Malaysia. Persoalannya, adakah melalui pengenalan subjek ini usaha pembinaan bangsa Malaysia mengikut sebagaimana yang dirancangkan. Kertas kerja ini melihat sejauhmana pelajaran ketamdunan Islam dan Asia ini mampu menjadi asas kepada pewujudan nilai-nilai jati diri, persamaan, toleransi, persefahaman dan kejayaan di kalangan pelajar universiti. Penanaman keyakinan dan kesedaran jati diri ini akan benar-benar berjaya jika pelajar-pelajar didedahkan dalam satu diskusi keintelektualan peradaban yang matang yang amat dituntut melalui kebijaksanaan para pensyarah yang mengendalikannya. Dialog peradaban secara bijaksana boleh menjadi pemangkin kepada usaha pembinaan bangsa Malaysia. Apabila para pelajar ini telah memahami dan menginsafi kekuatan tamadunan yang mereka miliki dengan sendirinya mereka akan berusaha membina satu ketamadunan Malaysia yang tinggi dengan keikhlasan dan keyakinan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2340
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:12 Apr 2007 02:18
Last Modified:30 Aug 2017 04:29

Repository Staff Only: item control page